Memandangkan SSL atau https:// adalah satu keperluan kepada mana mana laman web, pihak cPanel dan dengan kerjasama penyedia SSL Cerificate terkemuka Comodo telah menawarkan SSL Cerificate secara percuma kepada semua pelanggan yang menggunakan cPanel, dengan itu juga kami telah pun aktif kan di akaun anda dan laman web anda kini boleh di layari dengan menggunakan seperti contoh https://www.nama-domain-anda.com, ianya meliputi subdomain dan juga addons domain yang terdapat di akaun hosting anda, mungkin timbul persoalan kenapa ianya percuma, untuk keterangan lanjut pelanggan di nasihatkan untuk membuat carian di Google berkenaan 'Free SSL vs Paid SSL' atau boleh klik di link yang di sertakan di bawah
- https://www.sslrenewals.com/blog/difference-between-free-ssl-certificate-and-paid-ssl-certificate
- https://www.comodo.com/news/press_releases/2016/12/worlds-largest-CA-comodo-and-web-hosting-platform-leader-cPanel.html
Pengaktifan:
SSL atau https:// telah di aktifkan secara automatik di semua akaun yang menggunakan cPanel, apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda menggunakan script seperti Wordpress, Joomla, Opencart dan sebagainya, anda perlu melihat pada bahagian setting di script anda yang perlu anda menukar dari http:// kepada https://, kepada website yang tidak bergantung pada setting di script, anda boleh set kan di .htaccess yang terdapat di folder utama dan sila masukkan code di bawah:
RewriteEngine On
RewriteCond %{SERVER_PORT} 80
RewriteRule ^(.*)$ https://www.nama-domain-anda.com/$1 [R=301,L]
Sila tukarkan www.nama-domain-anda.com kepada nama domain anda yang sebenar dan setelah itu web anda secara automatik akan di arah kan kepada akses https://
Setting diatas tidak melibatkan setting yang telah di setkan secara automatik oleh pihak cPanel kepada webmail dan akses ke akaun cPanel yang anda hanya perlu akses dengan menaip di browser anda seperti contoh webmail.nama-domain-anda.com atau cpanel.nama-domain-anda.com
Permasalahan:
Secara default semua website masih boleh di akses tanpa perlu ketetapan http:// atau https:// dan ada sesetengan kes website akan berubah rupa apabila di akses menggunakan ketetapan https://, untuk itu anda perlu merujuk kepada pembuat script atau web developer untuk di lakukan penyesuaian diantara http:// dan https://, perlu diingatkan yang website anda tidak kami setkan secara automatik kepada akses https:// melainkan anda telah set kan di script setting anda atau di .htaccess
Buat masa ini hanya pakej hosting Linux sahaja yang di install kan secara automatik, untuk pakej hosting Windows akan di maklumkan dalam masa yang terdekat.
Untuk bantuan dan keterangan lanjut, sila hubungi kami di email support@mesra.my atau WhatsApp 0134233211
Terima kasih
Wednesday, August 30, 2017